Thursday 22 September 2011

Penagih dadah hidap sakit mental meningkat

ALOR STAR: Tabiat meminum air ketum yang dicampur dengan pelbagai bahan tambahan termasuk ubat gegat menjadi antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan pesakit mental di kalangan penagih dadah di negeri ini.

Ketua Jabatan Psikatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr Ahmad Rasidi M Saring, berkata selain dadah, suasana persekitaran dan faktor keluarga juga adalah antara penyumbang kepada peningkatan penyakit itu sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, setiap tahun pihaknya menerima lebih 14,000 pesakit mental yang mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Psikatri HSB, di sini, termasuk menerima rawatan ulangan.

“Pesakit yang dikesan mengalami masalah mental dilihat bertambah, namun jumlahnya tidak terlalu tinggi. Penyakit ini membabitkan semua kategori iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena Program Prihatin Kesihatan Mental 2011, di sini, semalam

No comments:

Post a Comment

Thank you for your concern. We can help!