Tuesday 29 November 2011

Sambutan Hari Terbuka 2010 - Hospital Permai

Pada setiap tahun, Hospital Permai menyambut akan Hari Terbuka khusus untuk warga Permai dan bagi meraikan pesakit-pesakit. Sambutan ini adalah merupakan sebahagian dari promosi yang berkesan kepada masyarakat dan selain dari itu program ini adalah bagi mencari dana untuk Tabung Kebajikan Pesakit Mental.

Thursday 17 November 2011

Pusat terapi tidur?

Tak hairan pun kerana di Hospital Permai BARU telahpun ada disediakan di Unit Pemulihan. Konsep ini dinamakan 'Sleep Room'. Canggih be ......

Tuesday 1 November 2011

Ucapan Menteri Kesihatan Malaysia sempena Majlis Pecah Tanah

UCAPAN YB DATUK SERI DR. CHUA SOI LEK, MENTERI
KESIHATAN MALAYSIA, SEMPENA MAJLIS PECAH TANAH
PROJEK HOSPITAL PERMAI, JOHOR BAHRU, JOHOR
PADA 18 JUN 2007
Saudara Pengerusi Majlis,
YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman,
Menteri Besar Johor
Dif – dif Kehormat / Dato’ – Dato’ / Datin – Datin / Tuan – Tuan dan Puan – Puan yang saya hormati sekalian.
Salam bahagia dan selamat sejahtera.
1. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis yang bersejarah ini. Sesungguhnya kita semua berkumpul di sini sempena menyempurnakan Majlis Pecah Tanah bagi projek pembinaan Hospital Permai Johor Bahru yang baru.