Thursday 22 September 2011

Hanya 25 peratus pesakit mental dirawat

KUALA LUMPUR: Masyarakat negara ini berisiko menghidap gangguan mental disebabkan tekanan perasaan termasuk di tempat kerja, rumah dan persekitaran selain sikap orang ramai yang terus mendiskriminasi pesakit mental hingga menyukarkan usaha pemulihan.

Ahli Penasihat Kesihatan Mental yang juga Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, purata menunjukkan hanya satu pertiga iaitu 25 peratus daripada semua pesakit mental saja yang mendapatkan rawatan dan selebihnya tidak mendapat rawatan pemulihan.
Katanya, hal ini disebabkan stigma masyarakat yang menyisihkan mereka kerana beranggapan pesakit mental akan membawa bahaya padahal mereka juga seperti insan lain di dunia.

“Manakala statistik setiap tahun menunjukkan sebanyak 30,000 penduduk negara ini disahkan mengalami penyakit mental dan sembilan peratus daripadanya menderita penyakit mental teruk.


“Setiap bulan dianggarkan sebanyak 2,000 kes baru dikesan dipercayai mengalami pelbagai tekanan harian termasuk disisih masyarakat,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas majlis sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your concern. We can help!