Friday 30 March 2012

Lelaki pukul ibu guna penyapu dihantar ke Hospital Permai

KUALA TERENGGANU, 10 Okt – Seorang lelaki diarah dihantar ke Hospital Permai, Johor untuk pemerhatian setelah didakwa memukul ibunya dengan sebatang penyapu.
Ahmad Shukri Abdul Razak, 54, yang dipercayai kurang siuman, diarah menjalani pemeriksaan itu oleh Majistret Noradila Ab Latif ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini.
Laporan Bernama Online menyebut, berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmad Shukri dituduh memukul ibunya Salasiah Muda, 71, dengan sebatang penyapu di sebuah rumah beralamat Lot 30, Kampung Atas Tol dekat sini kira-kira pukul 11 malam pada 21 Julai lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau sebat.
Ahmad Shukri kelihatan tenang dan beberapa kali mengangguk ketika pertuduhan dibacakan.
Nordila menetapkan 2 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Ngiam Ooi Ming.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your concern. We can help!