UCAPAN YB DATUK SERI DR. CHUA SOI LEK, MENTERI
KESIHATAN MALAYSIA, SEMPENA MAJLIS PECAH TANAH
PROJEK HOSPITAL PERMAI, JOHOR BAHRU, JOHOR
PADA 18 JUN 2007
Saudara Pengerusi Majlis,
YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman,
Menteri Besar Johor
Dif – dif Kehormat / Dato’ – Dato’ / Datin – Datin / Tuan – Tuan dan Puan – Puan yang saya hormati sekalian.
Salam bahagia dan selamat sejahtera.
1. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis yang bersejarah ini. Sesungguhnya kita semua berkumpul di sini sempena menyempurnakan Majlis Pecah Tanah bagi projek pembinaan Hospital Permai Johor Bahru yang baru.